Kuala Kangsar, Labuan diambil alih pimpinan negeri, tunggu keputusan Lembaga Disiplin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu memutuskan Badan Pimpinan Negeri mengambil alih pengurusan Bahagian Kuala Kangsar dan Labuan, sementara menunggu keputusan dibuat Lembaga Disiplin terhadap kedua-dua Ketua Bahagian tersebut yang juga merupakan Ahli Parlimen.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan, Bersatu tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku disiplin dalam kalangan ahli, khususnya membabitkan Ahli Parlimen mahu pun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Sehubungan itu, Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu memutuskan Badan Pimpinan Negeri mengambil alih pengurusan Bahagian Kuala Kangsar dan Labuan, sementara menunggu keputusan dibuat Lembaga Disiplin terhadap kedua-dua Ketua Bahagian tersebut yang juga merupakan Ahli Parlimen,” kata Hamzah dalam kenyataan pada Khamis.

Perkembangan sama Hamzah menyatakan, seluruh ahli Parlimen Parti Bersatu kekal istiqamah bersama kepimpinan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan sebarang cubaan pihak luar untuk memecah-belahkan kesatuan parti melalui tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Labuan tidak akan berjaya.

“Pada masa yang sama, Bersatu amat komited dalam usahanya memperkasakan Perikatan Nasional (PN) yang telah mendapat mandat serta sokongan besar rakyat dalam pilihan raya umum dan pilihan raya negeri lalu.

“Justeru, Bersatu tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku disiplin dalam kalangan ahli, khususnya membabitkan Ahli Parlimen mahu pun ADUN,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden, Datuk Dr. Radzi Jidin juga dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri Wilayah Persekutuan, berkuatkuasa serta-merta bagi menggantikan Datuk Dr. Suhaili Abdul Rahman.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat