Ramasamy lancar dana awam kutip RM1.52 juta untuk bayar saman Zakir Naik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – P Ramasamy melancarkan kempen pendanaan awam (crowdfunding) untuk mengumpul RM1.52 juta selepas mahkamah memihak kepada pendakwah bebas, Dr Zakir Naik dalam saman yang difailkan terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang itu.

Ketika sidang media di Sentul, Kuala Lumpur petang ini, bekas pemimpin DAP itu berkata dana berkenaan akan dikumpul secara telus dan sebarang lebihan akan digunakan untuk kebaikan orang ramai.

Ramasamy juga sekali lagi mengatakan peguamnya akan membuat rayuan terhadap keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

Dia menambah bahawa lima kenyataannya – yang diputuskan oleh mahkamah sivil mengandungi elemen fitnah – tidak diucapkan secara peribadi terhadap Zakir, sebaliknya dibuat bagi mempertahankan rakyat Malaysia.

“Saya akan terus bercakap bagi pihak yang tidak bersuara di Malaysia, sama ada Cina, India, Melayu, Iban (dan sebagainya),” kata Ramasamy lapor Malaysiakini pada Khamis.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Ramasamy membayar sebanyak RM1.45 juta kepada Zakir Naik sebagai ganti rugi terhadap pendakwah bebas itu dan RM70,000 untuk kos guaman.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat