Kerajaan belanja RM4.64 bilion beli 87.9 juta dos vaksin COVID-19

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM4.64 bilion melibatkan kos dan logistik vaksin COVID-19.

Menteri Kewangan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberitahu, sebanyak 87.9 juta dos vaksin ditempah oleh Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Fasiliti COVAX dan secara rundingan terus dengan beberapa pengeluar vaksin COVID-19 setakat ini.

Kata Khairy, tempahan itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM4.64 bilion merangkumi kos dan logistik vaksin.

Beliau berkata perincian perolehan vaksin COVID-19 adalah AstraZeneca melalui Fasiliti COVAX sebanyak 6.4 juta dos, Pfizer & BioNTech (44.8 juta dos) dan AstraZaneca/University of Oxford (6.4 juta dos).

“Selain itu, Sinovac membabitkan 20.4 juta dos, CanSino (3.5 juta dos) dan Gamaleya (Sputnik V) sebanyak 6.4 juta dos,” katanya menerusi jawapan lisan di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab soalan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) yang meminta kerajaan memperincikan jumlah kos dibelanjakan bagi perolehan vaksin COVID-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat