Yuna buat Yonnyboii jatuh cinta?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Selepas berkolaborasi dengan ramai penyanyi berpengalaman dalam industri muzik, penyanyi dan komposer muda, Yonnyboii mengimpikan dapat bekerjasama dengan penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna.

Yonnyboii atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 22, berkata penyanyi yang popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu pernah membuatkannya jatuh cinta dengan dunia muzik.

“Sebab Yuna, saya suka dengan muzik. Ini kerana sebelum mendengar lagu Dan Sebenarnya, saya tidak tahu betapa indahnya muzik.

“Saya ada rakan kelas yang terlalu sukakan muzik pada zaman sekolah. Kiranya, sesiapa yang boleh menghafal lagu, dia dianggap seorang yang ‘cool’, tetapi saya tidak begitu.

“Bagaimanapun, saya jatuh cinta dan terus menghafal apabila mendengar lagu Dan Sebenarnya di corong radio. Saya akan menyanyi lagu berkenaan setiap hari. Ia seperti ubat yang boleh menenangkan diri. Disebabkan itu, saya mengimpikan dapat bekerjasama dengan penyanyi bertaraf antarabangsa itu,” katanya kepada BH Online.

 

Yonnyboii mengimpikan dapat bekerjasama dengan penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna. - Foto IG Yuna
Yonnyboii mengimpikan dapat bekerjasama dengan penyanyi bertaraf antarabangsa, Yuna. – Foto IG Yuna

 

Sebelum ini, nama Yonnyboii mula menjadi perhatian apabila berkolaborasi dengan Caprice menerusi lagu Takut, kemudiannya gelombang populariti kian terserlah menerusi kolaborasi bersama Zynakal dalam lagu Sakit (2019), Azlan & The Typewriter dalam lagu Kelabu (2020) dan Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir dan Tuju K-Clique menerusi lagu X Missing You (2020).

Sejak muncul dalam arena muzik, tahun lalu, Yonnyboii sudah menghasilkan lebih 14 lagu termasuk karya solo dan kolaborasi bersama artis tempatan.

Bakat muda yang mula menghasilkan karya pada usia 13 tahun itu berkata, dia mahu mewarnai industri hiburan dengan karya yang jujur.

Kini, dicalonkan sebagai Artis Baharu Lelaki Popular menerusi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, membuatkan Yonnyboii kian bersemangat apabila merasakan kehadirannya dihargai.

 

Penyanyi dan komposer muda, Yonnyboii sudah menghasilkan lebih 14 karya solo dan kolaborasi bersama artis tempatan sejak tahun lalu. - Foto Yonnyboii
Penyanyi dan komposer muda, Yonnyboii sudah menghasilkan lebih 14 karya solo dan kolaborasi bersama artis tempatan sejak tahun lalu. – Foto Yonnyboii

 

“Pencalonan ini satu penghargaan, pendengar muzik mula nampak kehadiran saya. Jujurnya, saya tak sangka sebab saya baru lagi dikenali dalam dunia arus perdana.

“Bohonglah jika cakap tak mahu menang. Saya percaya ABPBH 33 akan membantu mengukuhkan nama dan populariti. Saya juga yakin dapat menghasilkan karya lebih baik.

“Sebelum ini, saya hanya menjadikan muzik sebagai hobi. Sekarang, muzik adalah keutamaan dalam hidup saya,” kata penyanyi Aku Itu Aku itu.

Selain itu, Yonnyboii turut dicalonkan dalam kategori Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular bersama rakan duet, Zynakal menerusi lagu Sakit.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat