Pelajar dibunuh di Taiwan, ibu bapa mangsa lakukan proses pengecaman

- Advertisement -

TAIPEI, 2 Nov  — Ibu bapa pelajar Malaysia berusia 24 tahun yang dibunuh minggu lalu di Taiwan, kini berada di Kaohsiung pada Isnin pagi untuk proses mengecam mayat, lapor Agensi Berita Pusat Taiwan ( CNA).

Pasangan itu tiba di bilik mayat Kaohsiung kira-kira 1.30 pagi dan kemudian menerima sijil kematian anak perempuan mereka untuk urusan pengebumian.

Mayat anak perempuan mereka, seorang pelajar universiti di Tainan, ditemui pada 29 Oktober di daerah Alian di Kaohsiung selepas pihak universiti melaporkan mengenai kehilangannya sehari sebelum itu.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa kali terakhir dilihat pada 28 Oktober, berjalan sendirian dekat dengan tol di daerah Gueiren, Tainan.

Berikutan kes itu, polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun, yang mengaku mencekik pelajar terbabit sebelum mencampak mayat mangsa di pergunungan Kaohsiung.

Ibu bapa mangsa berlepas ke Taiwan dari Kuala Lumpur pada 8 malam Ahad dan menjalani saringan COVID-19 semasa ketibaan dan turut diiringi pegawai pendakwa Kaohsiung semasa menuju ke bilik mayat.

-BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat