Belanjawan 2021: Cadangan PH Akan Dipertimbangkan Demi Kebaikan Rakyat – Tengku Zafrul

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Cadangan yang dikemukakan oleh pemimpin Pakatan Harapan (PH) semasa sesi rundingan mengenai Belanjawan 2021 semalam akan dipertimbangkan demi kepentingan rakyat dan negara, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata perbincangan selama dua jam itu memberi fokus kepada beberapa bidang utama termasuk penjagaan kesihatan, pendidikan, kesejahteraan awam, pengukuhan sektor perniagaan selain mengetengahkan enam cadangan utama.

“Saya juga berkongsi dengan mereka mengenai cabaran ekonomi yang dihadapi negara serta tindakan yang akan dilakukan Kementerian Kewangan (MOF) untuk Belanjawan 2021.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada delegasi pemimpin PH kerana telah berkongsi pelbagai pandangan dan pengalaman mereka,” katanya di laman Facebooknya.

Delegasi pemimpin PH yang menghadiri sesi rundingan itu terdiri daripada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu dan sembilan wakil lain.

Terdahulu, Tengku Zafrul turut mengadakan pertemuan dengan wakil parti politik dari UMNO, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengenai Belanjawan 2021, yang dijadual dibentangkan di Parlimen, Jumaat ini.

– BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat