MB Terengganu Bedah Lutut

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dilaporkan perlu mengehadkan pergerakan fizikal susulan kecederaan ligamen lutut.

Setiausaha Politiknya, Muhyidin Abdul Rashid dalam satu kenyataan hari ini berkata Ahmad Samsuri selamat menjalani pembedahan lutut atau ‘reconstruction and cartilage repair’ di sebuah hospital petang tadi.

Katanya, doktor menasihatkan Ahmad Samsuri mengurangkan pergerakan yang boleh memberi kesan kepada proses penyembuhan yang dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya enam minggu.

“Pembedahan ini dilakukan kerana kecederaan dalaman pada ligamen lutut akibat daripada terseliuh kerana menahan badan dari jatuh semasa aktiviti riadah.

“Bagaimanapun, Menteri Besar akan berusaha meneruskan urusan pentadbiran dan mesyuarat kerajaan, agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti biasa,” katanya. – BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat