Bakal Raja England Positif Covid-19 Tapi Merahsiakannya

- Advertisement -

LONDON: Putera William bertarung dengan coronavirus pada bulan April tetapi merahsiakan perkara itu supaya tidak mencetuskan panik dalam negaranya, menurut laporan.

Duke of Cambridge itu mengikuti panduan kerajaan dengan mengasingkan diri di rumah tetapi dikatakan “terkena virus”.

Beliau dirawat oleh doktor istana tetapi merahsiakan diagnosisnya kerana tidak mahu menimbulkan kerisauan, kata laporan.

Putera William dilaporkan tidak mahu membimbangkan orang lain, setelah mendapat berita mengenai diagnosis ayahnya – begitu juga dengan diagnosis Perdana Menteri, Boris Johnson.

Satu sumber memberitahu Sun: “William terkena virus itu – ia membuatkannya sangat tidak sihat. “Pada satu tahap dia bergelut untuk bernafas, jadi jelas semua orang di sekitarnya cukup panik.

“Setelah berjumpa doktor dan ujian seterusnya mendapati beliau positif – yang jelas cukup mengejutkan memandangkan betapa cergas dan sihatnya beliau sebelum itu – William bertekad untuk menjalankan kehidupan seperti biasa.”

Putera William dipercayai menderita Covid-19, sehari setelah ayahnya Putera Charles juga bergelut dengan virus tersebut.

Beliau dikatakan masih berjaya melakukan 14 panggilan telefon dan mengadakan sidang video pada bulan April. Satu sumber mengatakan bahawa beliau bertekad untuk melaksanakan urusannya.

– Mirror UK

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat