Israel perlu dipertanggungjawabkan, hina suara kemanusiaan sejagat – Zahid

KUALA LUMPUR – Malaysia akan menggunakan segala saluran sah bagi memastikan Israel dipertanggungjawabkan, khususnya berkaitan keselamatan warganegara kita, tegas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Seperti yang ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia akan menggunakan segala saluran sah bagi memastikan Israel dipertanggungjawabkan, khususnya berkaitan keselamatan warganegara kita.

“Keselamatan mereka adalah keutamaan dan dalam hal ini, kita tidak akan berkompromi!

“Saya sendiri mengikuti rapat perkembangan misi ini sejak awal, malah turut berhubung dengan wira-wira kemanusiaan Malaysia. Saya tahu dugaan mereka amat besar, cabaran yang dihadapi tidak mudah.

“Namun doa seluruh rakyat Malaysia sentiasa bersama mereka. Semoga Allah SWT melindungi dan mengurniakan kekuatan untuk mereka meneruskan misi mulia ini,” ujar Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu dalam kenyataan pada Khamis.

Zahid berikrar, Malaysia akan terus berdiri teguh bersama Palestin, sehingga keadilan dan kebebasan menjadi milik mereka.

Mengulas perkembangan terkini, Presiden Umno itu berkata, dunia sekali lagi menyaksikan wajah sebenar Israel sebuah rejim penjajah yang tidak menghormati undang-undang, tidak menghormati nyawa, malah sanggup menindas misi bantuan Global Sumud Flotilla ke Gaza.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan ini.

“Kapal-kapal ini membawa sukarelawan dan bekalan penting untuk rakyat Palestin yang menderita akibat sekatan zalim, namun mereka berdepan intimidasi, kekerasan dan paksaan.

“Misi ini adalah simbol solidariti, kasih sayang dan harapan dunia terhadap Palestin. Tindakan Israel bukan sahaja satu bentuk kezaliman terhadap rakyat Gaza, tetapi juga penghinaan terhadap suara kemanusiaan sejagat,” bidas Zahid.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat