Israel culik 201 aktivis dari 36 negara tengah malam tadi

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya 201 aktivis kemanusiaan dari 36 negara dilaporkan diculik oleh tentera Israel selepas misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza dipintas, tengah malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, memaklumkan jumlah itu termasuk 12 rakyat Malaysia yang menyertai misi berkenaan.

“Setakat jam 4 pagi waktu Gaza, seramai 201 orang diculik oleh tentera Israel, terdiri daripada peserta daripada 36 negara.

“Paling ramai dari Sepanyol iaitu 30 orang, Itali (22), Turkiye (21) dan Malaysia (12). Alhamdulillah, semuanya dilaporkan selamat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Berdasarkan sistem pengesan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), antara 12 sukarelawan Malaysia yang ditahan ialah Farah Lee dan Danish Nazram dari kapal Grande Blu; Zizi Kirana yang menaiki kapal Huga serta Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli dari kapal Sirius.

Mesej SOS tanda kecemasan bagi semua 12 sukarelawan berkenaan disiarkan di media sosial Sumud Nusantara, menandakan semuanya berada dalam tahanan Israel.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat