DAP wajar contohi MCA, bukan salahkan orang lain – Akmal

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Akmal Salleh menggesa DAP mencontohi MCA yang kuat bekerja membawa pengundi Cina asas mereka keluar mengundi seperti dijanjikan bukannya menyalahkan orang lain apabila peratusan keluar mengundi rendah.

Dr Akmal yang juga Adun Merlimau membidas Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong kerana menuduhnya sebagai punca pengundi Cina tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota Sabtu lalu.

Kata Akmal, kononnya perbalahan antara beliau dan Naib Presiden DAP, Teresa Kok menjadi punca tidak sepatutnya timbul.

“Kepada Liew Chin Tong, di PRK Sungai Bakap pun pengundi Cina tak keluar mengundi,adakah itu juga salah Dr Akmal Saleh? Walaupun Dr Akmal tiada di Sungai Bakap?

“Sepatutnya tanya pemimpin kamu yang keluarkan kenyataan yang mengganggu gugat ketenteraman negara bukan salahkan orang yang respon dengan kenyataan pemimpin kamu.

“Cuba contohi MCA yang kuat bekerja dan akhirnya membawa pengundi Cina asas mereka mengundi seperti yang dijanjikan. Nak salahkan saya? Ikut suka hati kau lah,parti kau,” bidas beliau.

Menurut Akmal lagi apa yang penting Umno perlu terus berubah menjadi lebih baik supaya kepercayaan rakyat terus diberikan kepada kami dan terus tegas untuk mempertahankan prinsip menjaga agama Islam,bangsa dan tanah air walau dengan siapa kami berkawan.

Terdahulu Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri memberitahu, gerak kerja kempen PH yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Kluang, Wong Shu Qi, awal-awal lagi sudah sedar tentang kemungkinan kurangnya peratusan keluar mengundi.

“Anggaran awal adalah pengundi Cina tidak akan keluar mengundi atas beberapa faktor, termasuk marah dan kecewa dengan perbalahan di antara Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

“Namun, pihak kami tetap yakin bahawa kempen yang menyeluruh akan dapat memujuk pengundi Cina yang disasarkan mencapai 50 peratus, walaupun ada yang menaruh harapan ia dapat mencapai 55 peratus, satu harapan yang sukar menjadi kenyataan.

“Sepanjang kempen, kami berjaya meyakinkan ramai pengundi bahawa satu undi untuk Syed Hussien adalah satu undi untuk kepimpinan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat