Jangan Tergesa-Gesa Lompat Parti, Nasihat Mahdzir Khalid

- Advertisement -

PADANG TERAP: Ahli politik yang terlibat dalam gerakan menukar kepemimpinan Kerajaan Negeri Melaka dinasihatkan tidak tergesa-gesa bertindak melompat parti memandangkan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) mungkin diadakan tidak lama lagi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pada masa ini, seluruh kepemimpinan parti politik membabitkan kerajaan dan pembangkang perlu menghormati Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani di peringkat Pusat bagi mengelakkan berlaku suasana ‘kelam kabut’ politik seperti yang berlaku di Melaka ketika ini.

Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan ahli politik berkenaan memikirkan yang terbaik khususnya dalam mengekalkan kepemimpinan kerajaan negeri sedia ada yang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.

“Kita dengar titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong untuk kita menstabilkan keadaan politik, (supaya) membolehkan tumpuan kerajaan kepada pandemik Covid-19 dan pemulihan ekonomi, kita dengar apa yang dititahkan itu agar wujudkan collaboration (kerjasama dalam politik),” katanya selepas majlis penyerahan bas baharu Mara Liner di Bengkel MaraLiner Kuala Nerang, di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Kerajaan Negeri Melaka dikatakan bergolak ekoran dakwaan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada kerajaan difahamkan mahu meninggalkan kerajaan difahamkan mahu meninggalkan blok tersebut.

Ekoran perkembangan itu, kerajaan negeri yang dibentuk hasil gabungan UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan wakil rakyat Bebas pada Mac tahun lalu kini berada dalam krisis.

Kerajaan negeri mempunyai 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang pula 11.

– UTUSAN ONLINE

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat