Anwar Nafi Ingin Menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka

- Advertisement -

PORT DICKSON: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan bahawa beliau memohon untuk menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam, berhubung spekulasi yang mendakwa kerajaan Melaka bakal tumbang.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata beliau juga tidak menerima sebarang maklumat terperinci mengenai situasi sebenar yang berlaku di negeri itu, termasuk ada gerakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dikatakan tidak menyokong kerajaan negeri ketika ini.

“Ada laporan media yang menyatakan saya akan menghadap TYT (Tuan Yang Terutama), tetapi saya tidak…belum ada permohonan untuk saya menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka.

“Orang ramai memaklumkan tetapi tiada yang konkrit (kukuh), saya hanya mengetahui melalui laporan, setahu saya tiada konkrit,” kata Ahli Parlimen Port Dickson itu kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan ke pantai Teluk Kemang di sini, hari ini.

Sejak semalam, spekulasi mengenai kepimpinan kerajaan Melaka yang diterajui UMNO didakwa bakal tumbang bertiup kencang, susulan empat ADUN kerajaan dikatakan melompat ke Pakatan Harapan (PH).

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,581FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat