Suria Duo X satukan artis, peminat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Bukan sekadar komited memberikan program segar dan berbeza kepada pendengar, stesen radio Suria FM menawarkan hadiah RM10,000 untuk dimenangi menerusi program Suria Duo X yang menggabungkan penyanyi popular dan peminat.

Program Suria Duo X yang menemui pendengar menerusi platform digital sejak 11 September lalu menggabungkan penyanyi lama dan baharu menerusi tiga kumpulan.

Menampilkan kumpulan Siti Sarah x Syamel, Ezad Lazim x Aina Abdul dan Azlan & The Typewriter x Ara Johari, mereka akan menyanyikan lagu popular pasangan masing-masing serta lagu duet yang diberi nafas baharu. Kemudiannya, peminat pula diberi peluang memilih untuk menyanyikan semula lagu yang didendangkan kumpulan kesukaan mereka, sebelum dipilih sebagai finalis.

Pengurus Kanan Suria FM, Roslinda Abd Majid berkata, program digital itu adalah inisiatif dalam mempengaruhi pendengar lama dan baru untuk kekal mendengarkan Suria FM sebagai stesen radio pilihan.

“Suria FM sinonim dengan penganjuran Jelajah Suria sebagai tanda terima kasih atas sokongan pendengar. Bagaimanapun, program Suria Duo X ini adalah pendekatan terbaik bagi menghiburkan pendengar Suria disebabkan penularan wabak COVID-19.

“Walaupun tidak dapat bertemu dua mata dengan penyampai Suria FM tahun ini, kami mengharapkan pendengar terus memberikan sokongan dengan mendengarkan dan menonton program digital terbitan Suria FM menerusi platform media sosial,” katanya kepada BH Online.

 

Tiga kumpulan penyanyi lama dan baharu akan berentap bersama peminat untuk merebut gelaran juara Suria Duo X.
Tiga kumpulan penyanyi lama dan baharu akan berentap bersama peminat untuk merebut gelaran juara Suria Duo X.

 

Roslinda atau lebih dikenali sebagai DJ Lin berkata, finalis program Suria Duo X akan diumumkan selepas melalui proses pemilihan dan perbincangan selama tiga minggu.

“Tiga finalis akan mempamerkan kemampuan vokal terbaik bersama kumpulan artis kesukaan mereka.

“Orang ramai boleh mengambil bahagian dalam menentukan juara Suria Duo X dengan mengundi peserta dan kumpulan pilihan secara dalam talian menerusi laman rasmi Suria FM mulai 5 hingga 9 Oktober ini,” katanya.

Bagi mereka yang masih belum mengetahui dan menonton video mingguan Suria Duo X, boleh ikuti episod Suria Duo X di suria.my/suriaduox.

Juara Suria Duo X akan membawa pulang wang tunai RM5,000 serta trofi Suria Duo X, manakala tempat kedua dan tempat ketiga pula masing-masing akan menerima RM3,000 dan RM2,000 serta trofi Suria Duo X.

Episod akhir Suria Duo X akan disiarkan pada 9 Oktober ini, jam 9 malam secara langsung di Facebook Suria FM dan YouTube Suria TV. Ia juga akan menampilkan persembahan penyanyi legenda dan baru seperti Datuk Hattan, Adam E, Yonnyboii dan Dolla.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat