Kes Covid Meningkat, UiTM Tangguh Daftar Bersemuka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi Mara (UiTM) menangguhkan pendaftaran secara fizikal/bersemuka serta kemasukan semula pelajar bagi sesi Oktober 2020.

Universiti itu dalam maklumannya berkata, penangguhan secara fizikal ke kampus sehingga penularan wabak Covid-19 terkawal dan bergantung kepada arahan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi dari semasa ke semasa.

Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim berkata, bagi pelajar baharu, mereka dikehendaki melaksanakan pendaftaran secara dalam talian.

Namun, semua pelajar (baharu dan lama) diminta meneruskan pengajian secara kaedah terbuka dan jarak jauh mulai 12 Oktober 2020 sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Semua aktiviti pelajar yang dirancang untuk dilaksanakan dalam masa terdekat juga ditangguhkan sementara waktu termasuk semua aktiviti yang mendapay kelulusan Naib Canselor.

Pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik, mereka boleh kekal di kampus masing-masing.

Mereka dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing dan segala proses pengajaran dan pembelajaran akan diadakan secara kaedah terbuka dan jarak jauh. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,558FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat