KUALA LUMPUR – Parti Bersama Malaysi (Bersama) mengumumkan akan membuat pembentangan belanjawan bayangan 2027 pada 6 Oktober, tiga hari sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan belanjawan kerajaan di Parlimen.
“Belanjawan bayangan ini akan membolehkan orang ramai menilai kemampuan pembiayaan cadangan-cadangan dasar Bersama yang terkandung dalam Kertas Kancil,” menurut parti itu dalam satu kenyataan hari ini.
Kertas itu akan dibentangkan secara berkala menerusi tiga siri, iaitu pada 27 September, 24 Oktober dan 28 November.
Kenyataan media itu dikeluarkan secara bersama oleh Pengasas Bersama Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad serta Presidennya Syukri Razab.
Sementara itu, Bersama mengumumkan kumpulan pertama enam ahli panel dasar parti bagi memantau dan memberi maklum balas terhadap pembangunan pendirian dasar parti berkenaan.
Senarai ahli panel tersebut terdiri daripada:
* Ibnor Azli Ibrahim (pakar astrofiqh dan muamalat, Unissa Brunei)
* Feizal Fakurruddin (pakar perunding perubatan dalaman dan penjagaan warga tua)
* Rais Hussin Mohamed Ariff (bekas pengerusi MDEC, bekas CEO Mranti dan pengasas Emir Research)
* Khoo Kay Peng (bekas pengarah eksekutif Sedar)
* Hamidon Abdul Rahman (bekas pensyarah kepimpinan pendidikan Institut Aminuddin Baki)
* John Lee Von Leon (bekas pegawai Bank Negara Malaysia, pakar tata kelola kewangan dan ESG)


