KPM sedia 12 bilik darjah kabin kepada SK Cyberjaya, tangani isu sekolah padat

- Advertisement -

CYBERJAYA – 12 buah bilik darjah kabin pasang siap termasuk kerja ubah suai berkaitan, pendawaian elektrik, perabot, peralatan dan tandas telah diserahkan kepada SK Cyberjaya, Selangor.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi berkata, projek bernilai lebih RM2 juta ini dapat
memberi penyelesaian jangka pendek kepada isu sekolah padat yang dihadapi SK Cyberjaya. Ia dapat memberi keselesaan kepada murid
dan guru yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

“Bagi penyelesaian jangka panjang pula, sekolah baharu, iaitu SK Cyberjaya 2 kini sedang berada dalam fasa untuk memulakan pembinaan dan dijangka siap pada tahun 2027.

“Sekolah baharu yang dilengkapi dengan 36 bilik darjah dan pelbagai kemudahan lain ini dapat membantu menangani isu sekolah padat di Cyberjaya dan di kawasan sekitar,” kata beliau dalam kenyataan pada Isnin.

Nik Nasarudin menegaskan, KPM proaktif mengatasi isu sekolah padat di seluruh negara.

“Pelbagai pendekatan diambil termasuk menerusi pembinaan bilik darjah kabin, pelaksanaan kelas terapung dan penyuraian murid ke sekolah
berhampiran.

“Pada tahun 2024, Kerajaan telah turut meluluskan pembinaan 26 buah sekolah baharu di seluruh negara,” katanya.

Dalam Majlis Penyerahan Projek Siap Kelas Kabin/Modular IBS SK Cyberjaya yang berlangsung pada hari ini, pihak kontraktor telah menyerahkan simbolik projek siap kepada pihak sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat