Johor Catat Pelaburan Tertinggi RM60.9 Bilion Separuh Pertama Tahun Ini – Onn Hafiz

- Advertisement -

CYBERJAYA – Negeri Johor mencatatkan nilai pelaburan tertinggi dalam negara berjumlah RM60.9 bilion bagi separuh pertama tahun 2022, lapor MalaysiaGazette.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak 822% berbanding nilai pelaburan bagi tempoh yang sama tahun lepas.

“InsyaAllah, apa yang dicapai membuktikan Johor mampu menarik pelaburan yang berteknologi tinggi dan berkualiti, sekali gus meningkatkan lagi ekonomi negeri ke tahap yang lebih tinggi,” katanya, dipetik dari laporan itu.

Onn Hafiz berkata, bagi tempoh Januari hingga Jun 2022 juga, sektor perkhidmatan mencatatkan pelaburan sebanyak RM54.2 bilion dengan majoritinya diperoleh daripada kehadiran firma-firma pusat data yang berpangkalan di luar negara.

Tambah beliaunya lagi, sektor perkilangan menarik pelaburan luar berjumlah RM6.7 bilion dan pelaburan yang diperoleh itu akan mewujudkan peluang pekerjaan baharu selain kesan berganda dalam negeri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
230,282FollowersFollow
27,499FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat