MN Gesa Selangor Batalkan Nyahwarta 536.7 Hektar Tanah Hutan Simpan

- Advertisement -

SHAH ALAM – Muafakat Nasional (MN) Selangor mendesak agar kerajaan Selangor akur serta menghormati suara rakyat dan membatalkan penyahwartaan tanah Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) seluas 536.7 hektar serta-merta tanpa berdolak-dalik serta bermain politik.

MN Selangor menerusi kenyataan bersama oleh Pengerusi Badan Perhubung UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Pesuruhjaya Badan Perhubungan Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi mengakui kesal dengan tindakan kerajaan Selangor yang meneruskan penyahwartaan HSKLU walaupun telah berjanji untuk menangguh dan menyemak semula perkara itu di persidangan Dewan Negeri Selangor baru-baru ini.

Menurut kenyataan itu, penyahwartaan tanah telah diluluskan dalam mesyuarat Unit Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) 17/2021 bertarikh 5 Mei 2021 dengan direkodkan dalam Warta Kerajaan Selangor pada tarikh 12 Ogos 2021 serta terus berkuatkuasa.

“Tindakan mengenepikan bantahan awam dan suara ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) kerajaan serta pembangkang yang menolak tindakan ini cukup tidak bertanggungjawab.

“Malah ia mencerminkan kerajaan pimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari tidak lagi memiliki integriti sebagaimana diikrarkan oleh Manifesto Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

“Kerajaan Selangor perlulah sentiasa mengamalkan tadbir urus yang baik dan penuh berintegiriti demi memberikan kualiti hidup yang baik serta bermakna buat rakyat selain memelihara dan mempertahankan negeri tercinta ini,” kata kenyataan tersebut pada Khamis. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,561FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat