Gangguan Air: MP PKR, 809 Pengguna Saman Kerajaan Selangor dan 17 Pihak Lain

- Advertisement -

CYBERJAYA – Ahli Parlimen (MP) Wangsa Maju daripada PKR, Tan Yee Kew bersama 809 pengguna air di Selangor bertindak menyaman kerajaan negeri dan 17 pihak lain susulan gangguan bekalan air yang berlaku di Lembah Klang tahun lalu.

Memetik laporan Malaysiakini hari ini, firma guaman, Tetuan Calvin Khoo yang mewakili ahli parlimen itu dan penduduk berkenaan memfailkan writ saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 20 April tahun ini.

17 defendan lain yang dinamakan dalam tuntutan saman berkenaan adalah: Menteri Besar; Jabatan Saliran dan Pengairan negeri dan pengarahnya; Majlis Perbandaran Selayang; Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd; syarikat Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd dan Pakar Scieno TW Sdn Bhd; Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN); Majlis Kualiti Alam Sekeliling dan ketua pengarahnya; Jabatan Alam Sekitar dan ketua pengarahnya; Jabatan Saliran dan Pengairan dan ketua pengarahnya; Menteri Alam Sekitar dan Air; dan kerajaan pusat.

Melalui tindakan sivil ini, Ahli Parlimen PKR itu dan pengguna lain meminta pengisytiharan mahkamah bahawa badan-badan awam (yang dinamakan sebagai defendan) bertanggung jawab atas gangguan bekalan air itu akibat kecuaian, pelanggaran tugas atau melanggar hak plaintif untuk hidup dan kebebasan diri.

Tan dan penduduk terbabit antara lain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk daripada pihak defendan, kata laporan tersebut.

Untuk rekod, pada Oktober 2020, sebahagian kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sebanyak empat kali dalam tempoh sebulan.

Sebelum itu, sebanyak 18 kejadian gangguan bekalan air berlaku antara bulan Mac dan Ogos 2020.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat