Norazalan kini TKP SPRM baru

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengarah Kanan Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM yang baharu berkuat kuasa hari ini, 2 September 2021.

Norazlan, 57, menggantikan Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil yang bersara wajib.

Menurut SPRM dalam kenyataan hari ini, Norazlan yang mula menyertai SPRM pada 9 Februari 1989 pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, Pengarah SPRM Selangor, Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Ketua Staf Pejabat Eksekutif Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ketua Unit Integriti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pengarah SPRM Johor.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas, Datuk Hishamuddin Hashim dilantik sebagai Pengarah Kanan Siasatan SPRM yang baharu menggantikan Norazlan berkuat kuasa pada tarikh sama.

“Ketua Unit Integriti Kementerian Pengangkutan Datuk Tan Kang Sai dilantik sebagai Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas menggantikan Hishamuddin,” demikian menurut kenyataan itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat