Siasatan terhadap Khairuddin akan dihantar kepada timbalan pendakwa raya – Polis

GRS sebulat suara namakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri

GRS sebulat suara namakan Hajiji sebagai calon Ketua Menteri Kota Kinabalu - Gerakan Rakyat Sabah (GRS) telah bersetuju dengan sebulat suara untuk mencalonkan Datuk Hajiji...

Ketua Menteri Sabah: Bung, Hajiji atau nama lain?

KOTA KINABALU - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah menyerahkan 41 akuan berkanun (SD) kepada Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin. Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah...

PBS tak akan jadi ‘katak’ sertai Warisan – Johnny Mositun

KOTA KINABALU - Wakil rakyat daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) tidak akan melompat parti menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi membentuk kerajaan negeri seperti...

Teka-Teki Ketua Menteri Sabah Berterusan, GRS Kemukakan Calon Baharu?

Kota Kinabalu - Teka-teki siapa Ketua Menteri Sabah masih berterusan apabila pertemuan ketua-ketua parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan Tuan Yang Turutama Yang Dipertua...

Selasa Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah Yang Baharu

Kota Kinabalu - Majlis angkat sumpah Ketua Menteri yang baharu akan berlangsung di Istana Negeri Sabah pada jam 10.30 pagi esok. Perkara itu disahkan Bahagian...

CYBERJAYA: Siasatan Polis terhadap Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Mohd Khairuddin Aman Razali kerana melanggar peraturan kuarantin Covid-19 hampir selesai.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata kertas siasatan akan dihantar ke timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.

“Siasatan hampir selesai. Tak lama lagi kita akan hantar kertas siasatan kepada TPP,” katanya.

Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus itu disiasat kerana melanggar kuarantin wajib selepas kembali dari Turki 7 Julai lalu.

Pada 28 Ogos, Khairuddin memberi keterangan selama tiga jam di Bukit Aman berhubung kesalahan itu.

Sekurang-kurangnya 27 laporan polis dibuat di seluruh negara berhubung kesalahan Khairuddin.

Khairuddin membayar kompaun RM1,000 pada 7 Ogos namun menurut Kementerian Kesihatan pegawainya termasuk ketua pengarah tidak dimaklumkan mengenai perkara itu dan hanya mengetahuinya melalui laporan media.

Beliau turut memohon maaf dan mendermakan empat bulan gajinya kepada Tabung Covid-19.

Kesalahan itu didedahkan ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di Dewan Rakyat pada 18 Ogos.

Sementara itu, PAS menyalahkan Kementerian Kesihatan dan menyifatkan Khairuddin sebagai wira.

Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata perjalanan Khairuddin ke Turki membawa faedah kepada sektor kelapa sawit.

“Beliau umpama seekor burung dalam kisah Nabi Sulaiman yang membawa keuntungan besar melalui kesalahannya melanggar undang-undang,” katanya merujuk kepada ayat dalam surah al-Quran.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan