BN Sabah Mantap Berdepan Serangan

- Advertisement -

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memuji semangat juang tinggi BN Sabah meskipun, berdepan pelbagai serangan.

Beliau menyimpulkan dalam kunjungan kerja dua harinya bersama jentera BN dan UMNO Sabah, komponen itu bertambah mantap.

“BN Sabah bertambah mantap. Selama dua hari di Sabah, saya dapat berjumpa kesemua 25 pimpinan bahagian dan pengerusi-pengerusi Pusat Daerah Mengundi (PDM).

“Semangat mereka tinggi biarpun diterjah dgn pelbagai serangan. Radu Tatap Radu,” ciapnya di Twitter, hari ini.

Ahmad Zahid juga berkata, rakyat Sabah amat merindui BN malah beliau berharap jentera BN terus diberikan kekuatan dan semangat bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September ini. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat