YBR Berganding Bahu Bersama PenMas SPRM Didik Masyarakat Benci Rasuah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Yayasan Bank Rakyat (YBR) berbesar hati untuk bekerjasama dengan pihak Pendidikan Masyarakat (PenMas) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengadakan program pendidikan melalui pendedahan mengenai amalan rasuah dikalangan pelajar sekolah, mahasiswa serta golongan belia.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani dalam kenyataannya hari ini berkata, program sedemikian penting kerana kesedaran budaya membenci amalan rasuah wajar diterapkan di usia yang muda.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis melafazkan Ikrar serta menandatangani Bebas Rasuah (IBR) Wargakerja Yayasan Bank Rakyat (YBR) dengan kehadiran seramai 41 orang kakitangan.

Majlis melafazkan ikrar ini diadakan bagi menzahirkan prinsip tolak amalan rasuah di dalam organisasi YBR dan ia berlangsung di Tingkat 7, Serambi Ilmu Rakyat, bertempat di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.

Sesi lafaz ikrar ini telah diketuai oleh Pengurus Besar YBR iaitu Syaiful Rizal Abdul Ghani dan disertai barisan pengurusan kanan YBR.

Dari kiri Syaiful Rizal Abdul Ghani Pengurus Besar Yayasan Bank Rakyat bersama PKPj Samsul Salip Ketua Cawangan Kerajaan Agensi PenMas SPRM di sesi menandatangani Ikrar Bebas Rasuah IBR

Majlis ikrar ini juga turut disaksikan oleh Ketua Cawangan Kerajaan dan Agensi, Pendidikan Masyarakat (PenMas) SPRM iaitu Penolong Kanan Pesuruhjaya (PKPKj) Tuan Samsul Salip.

Di dalam majlis yang sama, sesi ceramah bertajuk “Isu Rasuah di Dalam Organisasi Yayasan“ telah berlangsung di sebelah pagi beserta dengan tayangan video montaj SPRM – Ikrar Bebas Rasuah untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada warga kerja YBR.

Dalam pada itu Syaiful Rizal berkata, inisiatif ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada warga kerja untuk mengamalkan budaya kerja yang baik, bebas rasuah, meningkatkan disiplin dan integriti serta sikap tanggungjawab dalam tugas yang di amanahkan.

“Majlis hari ini merupakan satu permulaan agar warga kerja YBR sentiasa berwaspada dan tidak berkompromi dengan sebarang aktiviti tidak bermoral melibatkan rasuah melalui wang ringgit, penyalahgunaan kuasa serta pemberian dan penerimaan hadiah,” katanya.

Tambah Syaiful lagi, berdasarkan kajian skor ketelusan tertinggi yang telah dijalankan oleh Wiki Impact, YBR telah disenaraikan sebagai salah satu daripada tujuh yayasan yang mendapat markah penuh dalam penilaian yang dijalankan dan kajian ini melibatkan 1,600 yayasan di Malaysia.

YBR turut menerima Anugerah ‘Foundation Of The Year’ bagi kategori perbankan di Majlis Anugerah Kelestarian Dan CSR Malaysia 2023 pada 26 Julai 2023 di atas inisiatif yang telah dijalankan oleh YBR dalam meningkat sosioekonomi melalui pendidikan serta program-program kemasyarakatan yang telah dijalankan sepanjang tahun 2022.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat