PRN dah dekat terpaksa pujuk ‘biawak hidup’ – Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa menempelak pimpinan Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini pernah melabel MIC dan MCA sebagai ‘biawak hidup’ yang dipikul Umno kerana tidak mampu meraih sokongan Cina dan Melayu untuk menyokong BN.

“Dulu dipanggil biawak hidup.

“Hari ini terpaksa pujuk ‘biawak hidup’ kerana PRN dah dekat,” catat Annuar di Facebooknya pada Rabu.

Sebelum ini Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Adam didakwa menuduh MCA dan MIC umpama ‘biawak hidup’ yang dipikul Umno kerana tidak mampu meraih sokongan Cina dan Melayu untuk menyokong BN.

Malam kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau akan bertemu Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran yang turut disertai ketua-ketua MIC seluruh negara bagi mendengar dan merungkai segala salah faham yang timbul.

Pertemuan diadakan di ibu negara hari ini dan dalam ucapannya, Vigneswaran akhirnya membuka mulut mengenai isu dihadapi parti itu dalam BN ketika ini, menyifatkan MIC seperti berada di ‘persimpangan jalan’ beberapa bulan ini.

“Untuk beberapa bulan ini, kedudukan MIC seakan berada di persimpangan jalan dan saya sememangnya tidak senang dengan perkara ini. Sememangnya ada perbincangan dalam BN, tetapi ia tidak mencerminkan semangat yang kami harapkan.

“Kerusi (pilihan raya) yang kami mahu juga tidak dipenuhi, ” katanya pada pertemuan turut dihadiri Ahmad Zahid dan kira-kira 500 pemimpin MIC dari seluruh negara itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat