KJ sindir Zahid ‘sedap’ tangguh bicara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar secara sarkastik menyindir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa ‘mengelat’ dalam perbicaraan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

Bekas Ketua Pemuda Umno itu secara ringkas memerli Zahid ‘sedap’ kerana mendapat pelepasan mahkamah.

Media melaporkan, Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan perbicaraan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi yang dihadapi Zahid yang sepatutnya bersambung pagi ini, ditangguhkan.

Peguam bela, Datuk Hisyam Teh Poh Teik berkata pihaknya memohon kepada Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan) supaya prosiding hari ini ditangguhkan kerana Zahid perlu menghadiri mesyuarat Kabinet.

“Kami memohon penangguhan pagi ini kerana Datuk Seri (Ahmad Zahid) perlu menghadiri mesyuarat Kabinet.

“Mahkamah membenarkan perbicaraan kes hari ini ditangguhkan dan akan bersambung esok,” katanya lapor BH.

Zahid, 70, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah, lapan berhubung rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik yayasan itu.

Perbicaraan kes hari ini sepatutnya bersambung dengan mendengar keterangan bekas Setiausaha Eksekutif Zahid, Datuk Rosiah Osman, pada sesi pemeriksaan utama.

Dalam keterangannya semalam, Rosiah memberitahu Mahkamah Tinggi, Zahid mendahulukan pembelian barang kelengkapan untuk disumbangkan kepada masjid bagi aktiviti kebajikan Yayasan Akalbudi dengan menggunakan kad kredit peribadinya.

Menurut Rosiah yang berkhidmat sebagai Setiausaha Eksekutif Zahid dari tahun 1994 sehingga 2011, wang Yayasan Akalbudi kemudian dikeluarkan bagi membayar balik pembelian berkenaan ke dalam kad kredit Presiden Umno itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat