Kalau PH, laju PN cakap tiada hala tuju tapi mereka manifesto ‘kejutan’ – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menempelak calon Perikatan Nasional (PN) DUN Gurun, Baddrol Bakhtiar yang menyifatkan manifesto sebagai ‘kejutan’.

Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata, ini pertama kali beliau mendengar manifesto akan menjadi kejutan.

“Macam-macam kejutan kempen kali ini.

“Ini pertama kali saya dengar manifesto akan menjadi “surprise” dan kena undi dulu.

“Kalau Pakatan Harapan (PH), laju Perikatan Nasional (PN) cakap tiada hala tuju. Kena dekat dia, bila wartawan tanya jadi “surprise”, bidas Rafizi di Facebooknya pada Rabu.

Sebelum ini bekas kapten pasukan bola sepak Lang Merah, Baddrol Bakhtiar memberitahu, dia ada manifesto sendiri untuk DUN Gurun tetapi ia hanya akan didedahkan sekiranya dia menang.

“Ya, saya memang ada manifesto sendiri. Tapi manifesto itu akan terjadi apabila kemenangan berpihak kepada saya. Kena undi dulu baru boleh bagitahu.

“Surprise.. memang akan berlaku kejutan la,” jawabnya selepas disoal tentang manifesto yang dibawakan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat