Tambahan Dua Batalion PGA Tingkat Kawalan Keselamatan Di Sabah

- Advertisement -

LAHAD DATU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan perubahan drastik dengan menambah dua batalion baharu Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk meningkatkan kawalan keselamatan di Sabah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, penambahan itu sekali gus menjadikan tujuh batalion PGA akan beroperasi di Sabah termasuk lima batalion sedia ada.

“Kita juga telah membuat beberapa perubahan yang agak drastik dari segi struktur khususnya untuk PGA ini di mana kita akan melihat penambahan dua batalion di Sabah.

“Sekarang ini lima batalion sedia ada di Sabah dan kita akan berusaha untuk menjadikannya kepada tujuh batalion,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Penutupan Kursus Asas Tiger Platoon Siri 1/ 2022 di Pos Pulau Tabawan, di sini, hari ini.

Sementara itu, Acryl Sani berkata, kawasan Pulau Tabawan sesuai dijadikan lokasi latih amal pasukan keselamatan di bawah PDRM.

Katanya, satu permohonan rasmi kepada kerajaan negeri akan diajukan bagi menjadikan Pulau Tabawan sebagai kawasan latihan khusus.

“Saya dimaklumkan bahawa kawasan Pulau Tabawan ini satu kawasan yang sesuai untuk digunakan sebagai lokasi latih amal.

“Justeru itu, kita akan buat permohonan rasmi kepada kerajaan negeri bagi menjadikan kawasan ini sebagai kawasan khusus latihan amal pasukan keselamatan di bawah PDRM.

“Itulah tujuan saya datang ke kawasan ini bagi meninjau sejauh mana keupayaan Briged Sabah khususnya dalam bersiap sedia menangkis apa juga cabaran yang bakal kita hadapi,” katanya. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat