Puteri BN bukti BN sentiasa mengangkat, memperakui generasi baru

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Jentera Puteri Barisan Nasional (BN) membuktikan BN sebuah parti malar segar yang memenuhi aspirasi setiap segmen masyarakat termasuk golongan muda.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, penubuhan Puteri BN yang akan diabsahkan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

“Jentera Puteri BN daripada parti komponen dan Friends of BN mempamerkan sebuah iltizam yang jitu dan hebat. Senada mereka berazam mahu menempa kebangkitan buat parti yang mereka dokong ini dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15)

“Sebagai Pengerusi BN tentunya saya terharu dan teruja melihat keyakinan, kesungguhan dan keazaman anak-anak muda ini,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut Zahid, wajah-wajah wanita muda berbilang kaum bersama menjulang panji BN demi sebuah perjuangan yang luhur dan murni.

“Merekalah sebahagian generasi masa depan BN dan mereka jua sandaran untuk mengembalikan kegemilangan Malaysia.

“Tidak ada yang baru jika tiada yang lama. Yang lama sayang yang baru, yang baru hormat yang lama,” ujarnya.

Menurut Zahid, kombinasi lama dan baru antara ekosistem dan kedinamikan politik yang terdapat pada gabungan politik milik rakyat ini.

“Membuktikan BN sentiasa mengangkat dan memperakui generasi baru dalam perjuangannya untuk rakyat dan negara.

“Tahniah Puteri BN. Semoga kewujudan Puteri BN mencetuskan inspirasi terhebat untuk lebih ramai wanita muda bersama BN.

“Ayuh terus mara ke hadapan. Semarakkan lagi kesiapsiagaan. Usah menoleh lagi kerana ini adalah masa untuk BN bangkit!seru Zahid.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat