MP UMNO Jangan Sampai Kena ‘Getah Nangka’ Muhyiddin, Tarik Sokongan Segera

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen UMNO perlu mengambil pendirian segera untuk menarik sokongan ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri bagi mengelak persepsi rakyat bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) bersekongkol dengan ‘penderhakaan’ terhadap Seri Paduka Baginda dan keputusan penangguhan Mesyuarat Khas Parlimen.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Aziz Kaprawi berkata, rakyat sedang memerhati segala ‘sandiwara’ politik yang sedang berlaku ketika ini dan janganlah UMNO-BN menerima tempias atas apa yang tidak dilakukan seperti kata pepatah Melayu ‘lain orang yang makan nangka lain orang yang kena getah.’

Tegas Aziz kini seluruh pelusuk negara, para pemimpin parti politik dan rakyat telah mendesak supaya Muhyiddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan meletakkan jawatan segera.

“Muhyiddin telah tersilap langkah dengan membalas kenyataan media Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sehingga berpotensi untuk mengheret negara ke kancah krisis Perlembagaan.

” ‘Kedegilan’ Muhyiddin dan Takiyuddin untuk berkeras tidak membentangkan pembatalan semua Ordinan Darurat di Dewan Rakyat telah mengundang rasa amat duka cita Seri Paduka Baginda walaupun telah dititahkan sebelum ini mengikut Perkara 150 (2B dan Perkara 150 (3) yang melibatkan kuasa yang terletak pada Baginda.

“‘Kedegilan’ ini juga merupakan satu bentuk penderhakaan kepada Seri Paduka Baginda, malah membelakangi prinsip Perlembagaan Persekutuan dan sewajarnya UMNO selaku parti yang ditubuhkan denan asas dan matlamat untuk sentiasa memelihara dan membela Institusi Raja-raja Melayu harus bangkit dan menentang penderhakaan ini.

” Lebih dikejutkan lagi apabila Mesyuarat Khas Parlimen diputuskan untuk ditangguh dengan alasan yang boleh dicabar ketika waktu yang kritikal sehingga boleh menimbulkan kesangsian dan kecurigaan rakyat terhadap tindakan tersebut,” katanya dalam catatan di Facebook pada Isnin.

Aziz turut menyeru agar Muhyiddin ditolak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat