YADIM Guna Kepakaran Zakir Naik Sebar Dakwah Islam

- Advertisement -

Cyberjaya – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan mengunakan kepakaran Dr Zakir Naik untuk manyampaikan dakwah di negara ini.

Menurut Yang Dipertuanya, Nasrudin Hassan semua daei muda yang dilantik oleh yayasan tersebut akan mendapat sentuhan dari Dr Zakir bagi memastikan usaha dakwah dapat dikembangkan melalui teknologi digital.

“Saya telah berpeluang untuk berkomunikasi dengan Dr Zakir Naik dan dia menceritakan pengalaman membangunkan saluran Youtube sehingga berjaya ditonton ratusan juta.

“Kita akan mempelajari teknik dan skill yang ada pada beliau, Insyallah Daei muda yang telah kita sediakan melalui program sebelum ini akan mendapatkan sentuhan daripada Dr Zakir dalam menyampaikan dakwah,” katanya melalui satu rakaman temubual bersama portal Sinar Online.

Nasrudin turut menjelas, YADIM akan mewujudkan satu saluran media khusus bagi menyampaikan dakwah serta mengkis fitnah yang berkaitan Islam.

“Yadim akan membangun saluran dakwah di media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube kerana kita mahu daei ini berperanan untuk menyampaikan Islam kepada warga Siber.

“Dalam masa yang sama mereka akan menangkis fitnah kerana kita tahu dalam media sosial ia menjadi laluan yang cukup luas kepada para pemfitnah,” tegasnya lagi.

Hujung tahun lalu, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy bersama beberapa pimpinan DAP bertegas dengan pendirian untuk menggesa kerajaan menghalau Dr Zakir keluar dari negara ini.

Sementara itu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berkata, Dr Zakir sewajarnya menghargai usaha kerajaan yang melindunginya daripada Kerajaan India, bukan menimbulkan masalah kepada Pakatan Harapan (PH) dan rakyat Malaysia. SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
2,269FollowersFollow
27,593FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat