SPAN Tubuh Bilik Gerakan Pantau Bekalan Air Sepanjang Tempoh Fenomena El-Nino

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menubuhkan bilik gerakan atau “war room” bermula semalam (Khamis) bagi menyelia dan memastikan kelestarian perkhidmatan bekalan air di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang tempoh fenomena El-Nino.

Fenomena El-Nino diramal berlaku bermula 1 Jun sehingga 30 September 2023.

Menerusi kenyataan pada Jumaat, SPAN berkata, objektif penubuhan “war room” itu antaranya untuk memantau secara rapi situasi empangan dan sungai yang membekalkan sumber air mentah kepada 354 loji rawatan air.

Bilik Gerakan itu juga berperanan menyelia operasi pembekalan air bersih secara berterusan kepada pengguna dan memastikan operator bekalan air mengambil langkah kawalan dan mitigasi sekiranya berlaku krisis bekalan air

SPAN berkata, pengoperasian bilik gerakan itu bagaimanapun tertakluk kepada perkembangan terkini impak El-Nino kepada negara.

“Ianya mungkin dilanjutkan atau disingkatkan bergantung kepada pengumuman rasmi kerajaan dari masa ke masa. Mengambil kira situasi semasa, pengguna dinasihatkan untuk menggunakan air bersih secara berhemat bagi memastikan kelestarian bekalan,” katanya.

SPAN berkata, pengguna disaran berhubung dengan operator air di negeri masing-masing sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau maklum balas mengenai perkhidmatan bekalan air ketika El-Nino.

SPAN turut menyediakan saluran komunikasi dan perkongsian maklumat melalui Talian Hotline: 019 – 779 5000 (telefon atau WhatsApp) atau e-mel: [email protected] serta laman sesawang iaitu https://warroom.span.gov.my.

Beberapa agensi meteorologi antarabangsa sebelum ini meramalkan pembentukan El Nino bermula pada pertengahan 2023 hingga awal 2024 dan banyak negara telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah kesan buruk fenomena itu.

Fenomena El-Nino berlaku akibat perubahan tekanan atmosfera dan suhu lautan terutama di Lautan Pasifik. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat