PT3 dimansuhkan, Kementerian Pendidikan perkenal pendekatan baharu

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Mulai tahun 2022 ini tidak ada PT3. Ia dimansuhkan,” begitu jelas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin dalam sidang media khas hari ini.

Menurutnya, Kementerian Pendidikan melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan menambahbaik sistem dengan memperkenalkan pendekatan yang baharu iaitu pentaksiran formatif dan sumatif.

“Apabila murid sudah tinggalkan pembelajaran semasa di tingkatan 1 dan 2 mereka akan rasa gugup. Sebab itu dalam pendekatan baru ini, kita akan laksanakan mengikut tahun dan tingkatan.

“Kedua, sebelum ini apabila tidak ada UPSR dan PT3, bagi memperkasakan sumatif ini contohnya, kita akan memantapkan sesi akademik untuk 5 mata pelajaran dimana soalan-soalan ini akan disediakan oleh Bank Soalan berdasarkan tahap tertentu yang dijana oleh guru di sekolah,” katanya

Jelas beliau, taksiran berasaskan sekolah ini mempunyai tiga komponen iaitu Pentaksiran Biik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Kokurikulum (PAJSK) dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik (PPSI).

“Pentaksiran berbentuk formatif dilaksanakan secara berterusan dalam proses pembelajaran murid dalam kelas dan juga di sepanjang sesi tersebut murid ditaksir secara berterusan oleh guru melalui pelbagai pendekatan.

“Pentaksiran sumatif pula ialah pentaksiran yang dibuat pada akhir sesuatu tempoh atau di akhir tahun.

Radzi mengulas lanjut mengenai sitem pendidikan yang digunakan di seluruh dunia dengan mencipta inovasi bagi meningkatkan latihan terutama kepada guru-guru mengikut keadaan semasa.

“Apakah inovasi yang akan digunakan? Jadi kita ingin meningkjatkan latihan kepada guru-guru dan perkongsian tentang kaedah yang baik dalam konteks pelaksanaan pentaksiran bilik darjah berdasarkan situasi,”

“Pendekatan ini membantu guru-guru secara lebih efektif dan efisyen berdasarkan latihan yang akan kita laksanakan dengan guru di seluruh negara,” katanya.

Tambahnya lagi, ini bukanlah suatu peperiksaan pusat dan ia hanya penyelarasan bagi kementerian memperbaiki sistem pendidikan di Malaysia.

“Apa saja keputusan untuk ujian sesi akademik ini, tidak akan digunakan untuk membanding murid atau sekolah dan PPD juga tidak digunakan membanding JPN.

“Kita tidak ingin pelaksanaan ujian ini menjadi satu tekanan baru khususnya kepada guru dan murid di sekolah,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat