Festival bangkit kerohanian

- Advertisement -

ACARA Festival Garden Of Eid (GOE) yang berlangsung pada 27 hingga 29 Mei lalu di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur bukan sekadar acara yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik, malah pengunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan pentas.

Antaranya konsert GOE Night Festival yang berlangsung pada dua malam terakhir berturut-turut menampilkan barisan penyanyi hebat tanah air dan dari negara jiran, Indonesia.

Antara yang membuat persembahan di acara konsert yang diacarakan Altimet itu adalah Faizal Tahir, Naim Daniel, Raihan dan Datuk Jamal Abdillah, manakala malam terakhir menampilkan penyanyi dan pemuzik legenda Indonesia, Ahmad Dhani.

Apa yang menarik, acara konsert yang diadakan di Panggung Anniversari itu menggunakan khidmat pemuzik perkusi yang ternyata membawakan ‘vibe’ berbeza dalam susunan muzik mereka.

Faizal tampil mempersembahkan tiga lagu bertemakan ketuhanan dan mesej positif iaitu Assalamualaikum, Starfeather dan Syuhadah. Pentas kemudiannya diambil alih oleh penyanyi dan pelakon, Naim Daniel.

Tampil mempersembahkan dua lagu solo popularnya, Sumpah dan Purnama, Naim berjaya mencuri tumpuan penonton dengan vokal mantapnya.

Tidak terhenti di situ, Naim kemudiannya menjemput kumpulan nasyid legenda tanah air, Raihan dan bergabung bersama dalam lagu Ya Rasulullah. Gabungan harmoni mereka berjaya memukau setiap mata dan telinga pengunjung yang berada di situ.

Raihan kemudiannya mempersembahkan lagu-lagu popular mereka iaitu medley Puji Pujian dan Syukur, Assolatuwassalam, Thank You Allah dan Iman Mutiara.

Walaupun sudah berdekad dalam industri muzik, nampaknya lagu-lagu Raihan masih lagi menjadi siulan ramai dan terbukti apabila pengunjung-pengunjung yang berada di situ bersama-sama menyanyikan lagu popular mereka.

Bagi Raihan sendiri, ini adalah pengalaman pertama mereka membuat persembahan diiringi pemuzik perkusi di Malaysia.

“Pertama kali kami buat persembahan dengan iringan perkusi di Malaysia. Tak sangka sambutan sangat menggalakkan. Terimbau kenangan ketika kami buat persembahan di Sydney suatu ketika dulu,” kata anggotanya, Che Amran.

Pentas seterusnya dipanaskan lagi dengan persembahan oleh penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah. Penuh karisma, Jamal mempersembahkan tiga lagu iaitu Syukur, Penghujung Rindu dan Kepadamu Kekasih.

Mendapat tepukan gemuruh penonton, Jamal menitipkan rasa syukur kerana Allah yang masih memberikan ruang dan kekuatan untuknya membuat persembahan.

“Saya gemuruh. Umur dah 63 tahun, mana ada ‘power’ lagi. Semuanya datang dari Allah,” katanya.

Yang pasti, konsert GOE Night Festival memberi ruang kepada pengunjung untuk berhibur dan pada masa sama menyertai pelbagai aktiviti menarik yang bercorak Islamik.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat