Niezam, Farisha baru nak kenal hati budi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kehadiran Farisha Iris menemani pelakon Niezam Zaidi ketika majlis pratonton filem Rompak arahan Ghaz Abu Bakar di premis pawagam, Dadi Cinema mencetuskan teka-teki status perhubungan mereka.

Ia sekali gus mengiyakan khabar angin yang mendakwa Niezam dan Farisha sedang hangat dibuai cinta.

“Ini semua hanyalah gosip. Netizen fikir kami sedang bercinta, sedangkan baru berkawan, belum tahap jalin hubungan serius.

“Spekulasi mula tersebar apabila saya memuat naik gambar Farisha dan mengucapkan ulang tahun kelahirannya.

“Netizen mula fikir bukan-bukan, anggap kami dilamun cinta. Namun, saya tak mampu menebaknya terlalu jauh kerana ia masih terlalu awal.

“Jadi, doa baik-baik sahaja. Saya tak nafikan, Farisha antara kawan wanita yang rapat dengan saya ketika ini,” kata Niezam kepada BH Online.

Selain Niezam, filem Rompak turut dibintangi Zizan Razak, Daiyan Trisha, Azhar Sulaiman, Chubb-E, Tony Eusoff dan Ezlynn.

Niezam atau nama sebenarnya, Muhamad Niezam Mohd berkata, dia berhati-hati mahu menjalinkan hubungan kerana enggan mengulangi kesilapan lalu.

“Pengalaman lalu banyak mengajar saya. Lagipun, kerjaya seni saya sedang berkembang baik, ketika ini.

“Saya juga ada masa bersama keluarga dan terus mengukuhkan trek seni.

“Cuma, soal hati atau jodoh, saya tiada kuasa menentukannya. Bagi saya, kalau ada jodoh, tak ke mana,” katanya.

 

Niezam dan Farisha mula berkawan rapat sejak bergandingan dalam telefilem, Mac lalu.

 

Niezam mendedahkan, dia mula mengenali Farisha ketika membintangi sebuah telefilem.

Daripada situ, katanya, ramai menganggapnya mereka menjalinkan cinta lokasi.

“Kami kenal dan mula rapat ketika berlakon bersama. Sudah tentu ia berlaku tanpa diduga.

“Cuma, nak kata berlaku cinta lokasi tidak juga,” kata Niezam.

Sementara itu, Farisha berkata, Niezam antara kawan lelaki yang ramai dengannya.

“Memang Niezam antara rakan rapat saya, buat masa ini.

“Saya selesa berkawan dengannya. Jadi, takkan saya tak boleh memberi sokongan dan menemaninya ke majlis pratonton filem baharu jika kami berkawan?,” seloroh Farisha membuka bicara.

Mengulas spekulasi sedang diulit cinta, Farisha atau nama sebenarnya, Farisha Iris itu tidak mampu mengulas lanjut.

Secara peribadi, Farisha berkata, Niezam, seorang lelaki yang sangat baik.

“Dari luaran, saya ingatkan Niezam garang atau kasar. Tetapi, dia sangat lembut dalam menyusun kata apabila sudah mengenalinya.

“Kami kenal sejak Mac lalu ketika terbabit dalam penggambaran telefilem di Johor. Dari situ, kami berkawan dan rapat.

“Memang jauh beza sikap Niezam di alam realiti, ” kata peserta Big Stage 2021 itu.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat