Timbalan Speaker Cadang Penubuhan ‘Kerajaan Darurat’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said mencadangkan penubuhan ‘kerajaan darurat’ dalam masa terdekat, berikutan keadaan COVID-19 di Malaysia yang semakin meruncing.

Menurutnya, ‘kerajaan darurat’ tidak semestinya dianggotai ahli politik sebaliknya jawatan dalam kerajaan itu boleh diisi individu berkelayakan dan mempunyai kepakaran yang boleh dimanfaatkan.

Tegasnya, semua parti politik harus bekerjasama untuk merealisasikan perkara itu kerana keutamaan sekarang adalah rakyat dan negara, dan politik perlu diketepikan.

“’Kerajaan darurat’ tidak semestinya orang politik. Semua boleh jadi asalkan orang yang berkelayakan.

“Ia juga boleh dipimpin oleh pakar-pakar yang mana boleh membawa kepada keselamatan rakyat dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Webinar Bersih 2.0 dan Sinar Harian bertajuk ‘Mengapa Parlimen Perlu Bersidang Semasa COVID-19’.

Ahli panel lain yang mengambil bahagian dalam webinar dikendalikan Profesor Wong Chin Huat itu ialah Ahli Parlimen Subang, Wong Chen.

Dalam pada itu, kata Azalina, sekiranya Parlimen dibuka dan persidangan dilakukan secara fizikal atau maya, ia dilihat tidak mengganggu usaha kerajaan memerangi COVID-19.

“Parlimen dapat membantu kerajaan dalam menangani isu pandemik kerana dapat membantu dari aspek pengurangan kes positif selain meningkatkan kefahaman rakyat berkaitan wabak itu.

“Saya lihat pembukaan Parlimen akan membantu. Kita sebagai ahli Parlimen, semua permasalahan termasuk COVID-19, rakyat akan tanya kepada kita. Bila Parlimen dibuka, ia akan membantu kefahaman rakyat,” ujarnya.

Katanya lagi, beliau sentiasa berpegang kepada prinsip di dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

“Ia jelas mengatakan bahawa jemaah menteri bertanggungjawab secara bersama dalam Parlimen,” katanya.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat