Ibu Hamil & Menyusukan Anak Boleh Kemaskini Status di MySejahtera – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata, ibu yang sedang hamil atau yang sedang menyusukan anak kini boleh mengemaskini status mereka di aplikasi MySejahtera.

Menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya, beliau berkata janji temu golongan itu akan dibuat berdasarkan vaksin yang sesuai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Beliau yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berkata, janji temu vaksinasi akan dibuat berdasarkan vaksin yang sesuai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) tertentu.

“Ibu mengandung dan menyusu kini boleh mengemas kini status mereka di MySejahtera.

“Anda boleh memasukkan bulan dan tahun melahirkan anak serta status penyusuan,” katanya.

Khairy sebelum ini memaklumkan ibu yang sedang hamil dan menyusukan anak hanya disaran mengambil vaksin COVID-19 keluaran Pfizer.

Jelasnya kedua-dua kumpulan itu tidak disarankan untuk menerima vaksin Sinovac dan AstraZeneca kerana data keberkesanan dan kesan sampingan membabitkan dua vaksin itu kepada kumpulan terbabit tidak mencukupi.

Sehubungan itu Khairy berkata, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) sudah diarah untuk mengatur dan menyelaras dengan hospital serta pusat pakar perubatan ibu dan kanak-kanak untuk mengutamakan pengagihan vaksin Pfizer kepada ibu mengandung.

Pemberian vaksin untuk golongan itu disyorkan untuk ibu yang hamil antara 14 hingga 33 minggu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat