PKPB: Bakal Pengantin Di Perak Tak Perlu Hadir Kursus Kahwin

- Advertisement -

IPOH – Bakal pengantin di Perak tidak perlu menghadiri Kursus Pra Perkahwinan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.

Sebaliknya, mulai esok masing-masing hanya perlu menghadiri Tatacara Temuduga Khas (TTK) sebelum dinikahkan di Pejabat Agama Daerah masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Negeri Perak, Mohd Akmal Kamarudin, berkata Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) memberi kelonggaran itu berikutan kursus terbabit tidak dapat diadakan sepanjang PKP.

“Ini adalah kelonggaran yang kita beri kepada mereka yang bakal mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat (ketika PKP) dan belum menghadiri Kursus Pra Perkahwinan Islam.

“TTK akan berkuat kuasa esok dan terbatal dengan sendirinya apabila tamat tempoh PKP kelak,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin.

Mohd Akmal berkata, urusan permohonan untuk temu duga khas itu akan diuruskan oleh Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).

“Pemohon hendaklah hadir ke PAID untuk mengambil borang permohonan temu duga khas berkenaan.

“Perkhidmatan TTK ini adalah percuma tetapi bayaran tunai RM5 dikenakan bagi bagi tujuan pengeluaran Sijil Kursus Pra Perkahwinan Islam,” katanya

wi

Beliau berkata, selain itu JAIPk juga akan melaksanakan beberapa pendekatan lain termasuk Ujian Kefahaman atas talian, selepas berakhirnya tempoh PKP.

“Kursus Pra Perkahwinan secara bersepadu akan disemak semula dan dipertimbangkan pelaksanaannya pasca COVID-19 nanti.

“Berkemungkinan kita akan meneruskan pendekatan kursus perkahwinan secara dalam talian bagi memudahkan urusan pasangan yang sebelum ini perlu menghadiri kursus berkenaan untuk tempoh lama,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini seramai 262 pasangan di negeri ini sudah menjalani majlis akad nikah mengikut prosedur operasi standard (SOP) selepas diberikan kebenaran oleh JAIPk sejak 22 April lalu.

Sejak Mac lalu perkumpulan orang ramai tidak dibenarkan bagi mengekang penularan COVID-19 termasuk Kursus Pra Perkahwinan Bersepadu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat