Kekalahan 2018 Jadi Titik Muhasabah, UMNO Johor Tekad Bangkit Semula — Onn Hafiz

KUALA LUMPUR,— Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Onn Hafiz Ghazi menegaskan kekalahan UMNO pada Pilihan Raya Umum 2018 menjadi titik penting untuk parti itu bermuhasabah dan memperbaiki diri secara menyeluruh.

Menurut beliau, UMNO memilih untuk tidak menuding jari atau mencari alasan, sebaliknya mengambil pendekatan melihat kelemahan sendiri secara jujur.

“Dengan kekalahan yang menimpa, kita memilih untuk bermuhasabah dan bertanya kepada diri sendiri di manakah silap kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen sempena Hari Ulang Tahun UMNO ke-80 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC).

Onn Hafiz mengakui sepanjang tempoh panjang mentadbir negara, terdapat ketika parti tersasar daripada landasan sebenar perjuangan.

“Ada ketikanya kerakusan dan ketamakan mengatasi keikhlasan. Ada ketikanya fitnah dan persepsi menenggelamkan perjuangan,” ujarnya.

Beliau menegaskan, bagi UMNO Johor, kekalahan pada 2018 bukan sekadar kehilangan kuasa politik, tetapi lebih besar daripada itu hilangnya kepercayaan rakyat.

“Kepercayaan itu tidak boleh dituntut, ia mesti dibina semula,” katanya.

Tambah beliau, detik tersebut telah melahirkan kesedaran baharu dalam kalangan kepimpinan dan ahli parti bahawa UMNO tidak boleh dibiarkan tenggelam.

“Walau apa pun yang berlaku, parti ini mesti bangkit semula dan kembali kepada asas perjuangan,” katanya.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat