Zulkifli Yaacob dilantik SUK Negeri Pahang yang baharu

- Advertisement -

 

KUANTAN: Pengarah Pembangunan Negeri Pahang, Dato’ Indera Hj Zulkifli Yaacob,57 tahun, dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang baharu.

Beliau mengantikan Dato’ Seri Dr. Sallehuddin Ishak yang bersara wajib pada Jumaat lepas.

Anak kelahiran Temerloh dan membesar di Kuala Lipis ini berkelulusan dari University of Wales, United Kingdom pada tahun 1997 dalam jurusan Masters of Science in Urban Planning pernah menggalas tanggungjawab sebagai YDP Majlis Perbandaran Temerloh pada penggal 2007-2010. Kemudiannya bertugas sebagai YDP Majlis Perbandaran Kuantan sebelum dilantik Pengarah Pembangunan Negeri Pahang.

Beliau pernah memperolehi pelbagai pencapaian dan anugerah antaranya ‘Productivity Champion’ Wilayah Pantai Timur pada tahun 1997. Selain itu, beliau juga memperolehi Anugerah Khas daripada Kerajaan Arab Saudi menerusi UMM Al-Qura Universiti bagi Inovasi dan Keusahawanan.

Sementara itu, Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi catatan Facebooknya hari ini mengucap syabas dan tahniah kepada Dato’ Indera Haji Zulkifli yang memulakan tugas beliau sebagai YB Setiausaha Kerajaan Pahang yang baharu bermula pada hari ini.

“Sebentar tadi beliau telah mengadakan kunjung hormat ke atas saya di pejabat saya di Wisma Sri Pahang, Kuantan.

“Dalam pertemuan ini, beberapa perkara telah kami bincangkan dan saya amat yakin beliau mempunyai pengalaman yang luas serta keupayaan untuk menggalas jawatan ini.
“Saya berharap semoga Dato’ Indera Haji Zulkifli bin Haji Yaacob dapat membantu saya dalam menguruskan pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang seterusnya melaksanakan segala perancangan pembangunan ke arah kemakmuran dan kesejahteraan Negeri Pahang ini.” kata Wan Rosdy.
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat