Umno Sabah Sedia Bantu Enam Negeri Hadapi PRN – Bung Moktar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno Sabah bersedia membantu rakan politik lain di Semenanjung yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) masing-masing tahun ini.

Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata pihaknya sedang menunggu dan akan meneliti jemputan untuk membantu rakan tersebut.

“Kebiasaannya memang ada diputuskan oleh Barisan Nasional (BN) pusat.

“Kita akan menunggu dan akan meneliti jemputan (daripada negeri yang bakal hadapi PRN) dan kita akan melihat di mana kita akan diletakkan untuk membantu calon BN ataupun rakan komponen kita yang lain,” katanya, semalam lapor Bernama.

Enam negeri dijangka menghadapi PRN tahun ini iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat