KJ, Shahril berpotensi jadi PM dari DAP

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Hamdan yang kini ‘terbuang’ daripada parti Umno disyorkan untuk menyertai DAP kerana berpotensi mengisi calon Perdana Menteri bagi parti itu.

Bekas ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming mengemukakan saran kepada Khairy dan Shahril untuk mempertimbangkan hasrat menyertai DAP memandangkan mereka berdua mempunyai harapan dan masa depan yang cerah dalam arena politik.

Dalam podcast Keluar Sekejap yang disiarkan pada Selasa, Khairy bertanya kepada Kian Ming adakah beliau dan Shahril patut untuk menyertai DAP?

“Ya, perlu dipertimbangkan.

“Kerana DAP memerlukan calon Perdana Menteri dan kamu berdua (Khairy dan Shahril) ada potensi dan layak mengisi posisi berkenaan,” jawab Kian Ming.

Sementara itu, Shahril sempat bertanyakan pandangan Kian Ming berkenaan masa depan yang wajar dipilih ketika ‘keluar sekejap’ dari gelanggang politik.

Kata Kian Ming, Shahril mempunyai peluang cerah untuk terjun ke bidang korporat kerana sudah mempunyai pengalaman sebagai penasihat ekonomi bekas Perdana Menteri.

Manakala katanya, Khairy pula perlu meneroka peluang di peringkat antarabangsa bersandarkan pengalaman luasnya dalam kerajaan sebelum ini.

“Khairy dan Shahril akan kembali ke arena politik dengan pengalaman dan kepakaran yang lebih dalam bagi menyumbang khidmat bakti kepada rakyat Malaysia sebagai wakil rakyat dan pemimpin,” cadang Kian Ming.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat