Umno Akan Terus Ditolak Orang Muda Kerana Zahid – Kian Ming

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tidak akan ada pembaharuan dalam Umno sekiranya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terus memegang tampuk Presiden Umno.

Bekas ahli Parlimen DAP, Ong Kian Ming malah tidak menolak persepsi bahawa Zahid adalah ‘beban’ buat parti Umno terutamanya untuk parti Melayu itu relevan dan diterima generasi muda.

“Jikalau Zahid masih pegang jawatan Presiden Umno, pembaharuan dalam Umno tak akan berlaku.

“…(Zahid) mungkin akan jadi liabiliti kepada Umno dan saya rasa di kalangan orang muda itu susah untuk diterima, itu hakikat,” tegas bekas ahli Parlimen Bangi itu dalam siaran podcast Keluar Sekejap pada Selasa.

Kian Ming memberitahu pendapat beliau itu bukan kerana menyokong Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Hamdan yang ‘dibuang’ daripada keahlian Umno.

“Bukan saya nak sokong Khairy dan Shahril, tapi pandangan itu bersandarkan analisa data mengikut saluran undi.

“Saluran pengundi muda memilih Perikatan Nasional (PN) sebagai pilihan utama, kemudian barulah Pakatan Harapan (PH) manakala Umno-Barisan Nasional (BN) menjadi pilihan ketiga,” jelas Kian Ming.

Sementara itu, Kian Ming, Khairy dan Shahril turut berkongsi pengalaman mereka bertiga ketika ‘dibelasah secara dalaman’ dalam parti masing-masing.

Kata Kian Ming, dalam DAP sendiri apabila ada pemimpin tertentu mengeluarkan kenyataan sensitif terhadap puak tertentu.

“Sebagai ahli DAP, saya tidak boleh komen atau kritik secara terbuka kerana saya akan dibelasah di dalam (parti), sebab itu saya pilih untuk ‘keluar sendiri’ sementara waktu.

“Pun begitu, kini dengan kebangkitan pemimpin baru DAP seperti Anthony Loke dan Hannah Yeoh ia mampu ‘menurunkan suhu’ kebencian Melayu Islam terhadap DAP.

“Kerana sebelum ini, Lim Kit Siang pernah dijenamakan sebagai pemimpin anti Melayu, anti Islam dan anti raja. Jadi untuk orang yang lebih tua mereka lebih sukar untuk melupakan imej seperti itu,” ujar beliau lagi.

Mendengar perkongsian Kian Ming, Khairy dan Shahril juga memberitahu mereka di dalam Umno sebelum ini juga turut dibelasah jika membuat kritikan terbuka.

“Padahal dalam parti sendiri pun ada perdebatan,” kata mereka.

Mengakui Kerajaan Perpaduan ini memberi ‘jalan pintas’ kepada Umno untuk diterima bukan Melayu dan DAP diterima orang Melayu dalam pilihan raya namun, pembaharuan dalaman perlu berlaku agar memadam imej kebencian yang ditanam sebelum ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat