Kerajaan Keluarga Malaysia pacu kejayaan Indeks Kebebasan Akhbar 2022 – Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kejayaan Malaysia berada di kedudukan tertinggi dalam kalangan negara ASEAN dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2022 yang dikeluarkan oleh NGO antarabangsa, Reporters Without Borders dipacu ketika Malaysia dibawah pentadbiran Kerajaan Keluarga Malaysia.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ketika merasmikan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022, beliau menegaskan bahawa profesion kewartawanan perlu kekal bebas dan berfungsi tanpa gangguan serta campur tangan pihak lain, demi menjamin kebebasan bersuara di negara ini.

“Pengamal media adalah mata dan telinga untuk kerajaan agar pihak berkuasa yang terlibat boleh mengambil tindakan sewajarnya.
Bagaimanapun masih ada ruang untuk kebebasan media bergerak maju ke hadapan.

“Beberapa undang-undang seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan seksyen-seksyen tertentu Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 perlu dilihat kembali,” kata Ismail Sabri dalam kenyataan pada Selasa.

Ahli Parlimen Bera mengingatkan kerajaan harus menerima hakikat bahawa media tidak boleh lagi dikongkong kerana hampir semua mempunyai akses kepada media sosial di mana maklumat mengalir dengan amat pantas.

“Saya percaya pengamal media memiliki ‘self-censorship’ dalam isu-isu sensitif demi memastikan keamanan negara.

“Semoga media terus kekal bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam membuat laporan,” ujar beliau.

Malaysia naik enam anak tangga kepada kedudukan 113 dalam Indeks Kebebasan Akhbar Dunia 2022 yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders.

Kedudukan Malaysia di 113 daripada 180 dengan skor 51.55 dan merupakan yang tertinggi dalam kalangan negara ASEAN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat