Gordon Lightfoot meninggal dunia

- Advertisement -

KANADA: Penyanyi dan penulis lirik legenda kelahiran Kanada, Gordon Lightfoot, 84, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sunnybrook, Toronto, di sini, pagi tadi.

Berita pemergian penyanyi yang popular dengan lagu If You Could Read My Mind dan The Wreck of the Edmund Fitzgerald itu disahkan oleh wakil keluarganya, Victoria Lord.

Bagaimanapun, punca kematian belum didedahkan.

“Gordon Lightfoot meninggal dunia di Hospital Toronto pada jam 7.30 malam (waktu tempatan),” tulis Lord menerusi laman rasmi Facebook, Gordon Lightfoot.

Lightfoot pernah mengalami beberapa masalah kesihatan termasuk penyakit Bell Palsy iaitu kelumpuhan otot muka, masalah alkohol dan arteri dalam perut pecah sehingga menyebabkannya koma selama enam minggu pada 2002.

Lightfoot pernah dicalonkan di Anugerah Grammy sebanyak lima kali pada 1970-an dan pernah meraih tiga kali rekod platinum serta sembilan rekod emas menerusi album dan lagu dihasilkan. - Foto AGENSI
Lightfoot pernah dicalonkan di Anugerah Grammy sebanyak lima kali pada 1970-an dan pernah meraih tiga kali rekod platinum serta sembilan rekod emas menerusi album dan lagu dihasilkan. – Foto AGENSI

 

Dikenali sebagai penyanyi dan penulis gubahan lagu dengan komposisi melodi yang membekas di hati, Lightfoot pernah dicalonkan di Anugerah Grammy sebanyak lima kali pada era 1970-an dan pernah meraih tiga kali rekod platinum serta sembilan rekod emas menerusi album dan single dihasilkan.

Sepanjang lebih 60 tahun, Lightfoot pernah membuat persembahan menerusi lebih 1,500 konsert dan merakamkan lebih 500 lagu.

Lightfoot juga menjayakan siri jelajah sehingga ke penghujung usianya, namun bulan lalu terpaksa membatalkan persembahan di Amerika Syarikat dan Kanada berikutan masalah kesihatan.

Lightfoot popular pada era 1970-an dengan lagu-lagu dari album Sundown, Summertime Dream dan Dream Street Rose.

Kejayaan album dikatakan memberikan semangat untuk terus menghasilkan lebih banyak lagu berentak rock dan pop.

Lightfoot digelar sebagai seorang yang mempunyai bakat yang unik oleh Bob Dylan, malah penyanyi popular seperti Elvis Presley, Barbra Streisand, Johnny Cash, Anne Murray dan Sarah Machlan juga pernah menyanyikan hasil kerja Lightfoot. – AGENSI

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat