Sidang Media Khas: Perintah Kawalan Pergerakan (2 Mei 2020)

- Advertisement -

1. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan berkuatkuasa 4 Mei 2020

2. #PKP4 dan Akta 342 masih dikuatkuasa tetapi dengan sedikit kelonggaran yang tertakluk di bawah PKPB

3. #PKPB adalah berdasarkan kpd 2 kriteria utama iaitu: kepentingan kesihatan & keperluan merangsang semula ekonomi negara namun masih perlu mengikut SOP yg disediakan oleh Kerajaan

4. Terdapat beberapa sektor masih dilarang beroperasi bg mengurangkan risiko penularan COVID-19

5. Rakyat diingatkan supaya sentiasa mempraktik disiplin diri (self-discipline) untuk mengikut SOP bagi terus menjaga kesihatan

6. PDRM bersama ATM telah mengadakan sebanyak 820 Sekatan Jalan Raya & pemeriksaan ke atas 486,307 kenderaan

7. Sebanyak 35,834 pemeriksaan mengejut telah diadakan dan 7,065 premis telah diperiksa

8. 410 individu telah ditahan kerana ingkar PKP, 372 direman dan 38 dijamin polis

9. Jumlah tangkapan kumulatif ingkar PKP sehingga 1 Mei 2020 adalah sebanyak 23,266 individu

10. Operasi Sanitasi Awam COVID-19

– Sejak 30 Mac 2020, KPKT telah melakukan 5,069 operasi sanitasi termasuk di 61 Zon Kuning & Merah

– Semalam, sebanyak 67 operasi sanitasi meliputi 22 Zon Merah dan Kuning di 6 negeri, termasuk 33 di Johor dan 12 di Sabah

– Sehingga kini, operasi sanitasi telah merangkumi 2828 bangunan Kerajaan, 1983 tempat awam, 2134 pusat perniagaan, 1519 kawasan perumahan termasuk PPR & 305 pasar raya

11. Pengurusan Pusat Kuarantin

– Setakat 2 Mei 2020, sebanyak 237 Pusat Kuarantin telah beroperasi dan 17,375 individu sedang menjalani kuarantin wajib

– 548 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air semalam dan dikuarantin wajib

– Seramai 26,828 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April 2020

– Sejak 17 April, 13,672 individu telah selesai menjalani tempoh kuarantin wajib dan dibenarkan pulang

12. Operasi Jabatan Imigresen

– Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengadakan operasi PATI di kawasan PKPD Plaza City One, Malayan Mansion & kawasan di sekitar Masjid India

– 3,352 individu telah diperiksa, 586 ditahan atas kesalahan imigresen & telah dihantar ke depoh tahanan utk tindakan selanjutnya

– Kerajaan Msia tidak pernah mengabaikan kebajikan mereka termasuk dari segi makanan & kesihatan sepanjang tempoh di kawasan PKPD & depoh tahanan

13. Aplikasi Gerak Malaysia

– Bagi pergerakan pekerja-pekerja yang masih berada di kampung halaman, kebenaran bergerak bergantung kpd kelulusan Gerak Malaysia

– PDRM akan menyediakan jadual pergerakan yang dijangka akan bermula dari 7 Mei sehingga 10 Mei 2020

– Sehingga kini, PDRM telah menerima 500 ribu permohonan untuk pulang bekerja

– Kerajaan minta pihak majikan supaya jangan mengambil sebarang tindakan terhadap pekerja yang belum mendapat kelulusan dari PDRM

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat