105 Lagi Positif, Kes Meningkat Empat Hari Berturut-turut

- Advertisement -

PUTRAJAYA -Malaysia mencatatkan 105 kes Covid-19 baru, yang merupakan peningkatan konsisten dalam empat hari berturut-turut kebelakangan ini.

Jumlah ini juga merupakan peningkatan kes harian tertinggi sejak 16 hari lalu.

Dalam sidang media hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baru itu terdiri daripada 11 kes import dan 94 kes jangkitan tempatan.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan yang sudah direkodkan ialah 6,176 kes.

Noor Hisham juga memaklumkan bahawa 116 pesakit lagi pulih, menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh 4,326 kes.

Kes Covid-19 yang aktif di negara ini setakat tengah hari tadi ialah 1,747.

Daripada jumlah itu, sebanyak 31 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 12 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Walau bagaimanapun, tiada kematian baru dicatatkan untuk hari ini, menjadikan jumlah korban kekal 103 kes.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat