Jepun Kesal Tamat ‘Lockdown’ Awal, Kini Isytihar Darurat 

- Advertisement -

HOKKAIDO – Hokkaido, Jepun, merupakan wilayah yang didiami 5.3 juta penduduk itu kini diisytihar darurat setelah jangkitan Covid-19 telah dilaporkan sebanyak 135 kes semalam, bagi tempoh satu minggu.

Sebelum ini, walayah tersebut mencatatkan kes peningkatan pada angka satu digit sepanjang tempoh perintah berkurung.

Walau bagaimanapun, seminggu selepas perintah berkurung itu ditarik balik pada 19 Mac lalu, bilangan kes positif baru, dilaporkan naik secara mendadak.

Pengerusi Pertubuhan Perubatan Hokkaido, Dr Kiyoshi Nagase, berkata beliau menyesal kerana perintah berkurung ditamatkan terlalu awal.

“Ini bermakna kita mungkin perlu menunggu hingga tahun depan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat dan kita boleh menamatkan perintah berkurung tanpa risau,” katanya.

Memetik laporan Berita HArian, pakar kawalan penyakit berjangkit di Health Sciences University, Hokkaido, Prof Yoko Tsukamoto, turut bersetuju bahawa perintah berkurung ditamatkan terlalu awal.

“Pada masa itu, kita tidak mempunyai maklumat yang mencukupi atau pengetahuan mengenai wabak COVID-19.

“Namun, kita tidak boleh persalahkan sesiapa kerana keputusan (menamatkan perintah berkurung) dibuat berdasarkan penurunan kadar jangkitan kepada hanya satu atau dua kes sehari.

“Tapi kini kita sedar ini menjadi kesilapan terbesar, walaupun pada masa itu ia adalah tindakan yang wajar dilakukan,” katanya.

Kes pertama COVID-19 di Hokkaido dikesan pada seorang pelancong China dari Wuhan ketika Festival Salji Sapporo pada Februari lalu sebelum perintah berkurung diisytiharkan.

Keadaan yang sama berlaku di Ontario, Kanada di mana penurunan kes baharu COVID-19 selama tiga hari berturut-turut menyaksikan peningkatan mendadak kelmarin dengan 525 kes baharu dan 59 kematian dalam 24 jam.

Pada 24 April lalu, Ontario merekodkan 640 kes harian baharu diikuti 476 kes pada hari berikutnya, 437 kes selepas itu dan 424 kes pada hari seterusnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat