7 Hotel Di Langkawi Tawar Penginapan Percuma Kepada ‘Frontliner’

- Advertisement -

LANGKAWI – Bagi menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan dalam menangani penularan wabak Covid-19 di negara ini, tujuh hotel menawarkan penginapan percuma untuk mereka bercuti di pulau ini.

Malah, wira negara pelbagai pangkat terbabit turut ditawarkan tiket percuma memasuki tempat pelancongan utama dan melakukan aktiviti menarik di pulau itu.

Jurucakap pengusaha hotel dan produk pelancongan Langkawi, Razmi Rahmat berkata, tawaran itu berkuat kuasa serta-merta sebaik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.

“Tawaran ini untuk semua petugas barisan hadapan di negara ini dan ia sah selama enam bulan selepas PKP berakhir, bertujuan menghargai pengorbanan mereka.

“Anggota pasukan keselamatan, kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan petugas media layak mendapat tawaran ini,” katanya pada sidang media di Hotel Adya Langkawi (HAL), hari ini.

Razmi yang juga Pengurus Besar HAL berkata, petugas terbabit hanya perlu menunjukkan kad perakuan kakitangan jabatan masing-masing bagi menikmati tawaran percuma itu.

“Setakat ini, 400 bilik hotel berstatus tiga hingga empat bintang sekitar pekan Kuah dan Pantai Chenang bersedia menawarkan penginapan percuma.

“Mereka juga ditawarkan tiket masuk percuma ke Taman Hidupan Liar Langkawi, menaiki kereta kabel dan pelayaran mewah melihat matahari terbenam,” katanya.

Beliau berkata, petugas terbabit disaran membuat semakan terlebih dulu menerusi Facebook (FB) berkaitan tawaran itu yang akan dikemaskini dalam tempoh terdekat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat