Program Hantar Pulang Pelajar, Zahid Hargai PM & Usaha Agensi Berkaitan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Berikutan kejayaan program penghantaran pulang pelajar Zon Utara di Perak baru-baru ini, Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Sri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad dan semua agensi terlibat.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, “Terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan terutamanya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Dr. Noraini Ahmad serta semua pihak terutamanya Kementerian Pengajian Tinggi, PDRM, Pihak Pengurusan Universiti yang bertungkus lumus menguruskan perjalanan Pelajar pulang dengan selamat dan kami sedar ianya bukan sesuatu yang mudah.

Kepada para pelajar yang terlibat pula, Pengerusi BN itu memberikan nasihat ini, “Saya ingin mengingatkan Pelajar supaya sentiasa menjaga penjarakan sosial, memakai topeng muka sepanjang perjalanan dan mengamalkan kebersihan dengan memakai cecair pembasmi kuman,”

Program penghantaran pulang pelajar IPTA/S ini mendapat pujian rakyat terutama dengan penglibatan pihak polis dalam mengiringi konvoi kenderaan yang menghantar semua pelajar tersebut ke daerah asal masing-masing.

Tidak setakat itu, pihak polis turut membantu menghantar pulang ke rumah, pelajar yang keluarga mereka tidak mempunyai kenderaan.

Berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu, lebih 80 ribu pelajar IPTA/S terperangkap di kampus masing-masing.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat